10 August 2011

Kongsi ilmu sambil menjawab soalan, boleh? :)

Salam, short update malam ini. Rupanya ramai penggemar eyeliner. Respon entry sebelum pasal eyeliner membuatkan aku nak kongsi sikit ilmu, actually bukan ilmu sangatlah. Kita guna perkataan pengetahuan pulak la huhu.

Ada yang tanya macam mana nak nampak mata segar. Ok cara fareha menyegarkan mata :P adalah dengan memakai sedikit eyeshadow warna selamat. Aku memilih elianto, baked eyeshadow sheer colour. Warna macam kuning air gitu. Letak sikit kat alis mata.




Ada lagi yang bertanya, eyeliner hitam apakah yang terbaik. Bagi aku semua pun terbaik, terpulang kepada indivitu. Bagi mata mengada-ngada aku ni, perlu dibelai dengan yang up sikit huhuhu poyoss. Bukan apa masa tu ada duit lebih so beli jelah Hypersharp berjenamakan maybelline. Untuk eyeliner di bawah, aku pakai pencil eyeliner berjenama MAC, hadiah harijadi dari member baik. Memang best pakai eyeliner tu.



Untuk eyeliner putih pula, ada yang tak tahu nak cari kat mana. Serius aku pakai yang biasa-biasa je. Pertama yang takda jenama, supplier kata dah habis stock, kalau ada stock aku boleh promote, lain kali ek. Yang kedua aku pakai funcky eyeliner warna silver jenama Silky Girl. Ok korang bole cari banyak eyeliner putih yang kurang berjenama juga dekat kedai SINMA, pernah dengar tak?. Kat jaya jusco ada, alamanda pun ada. Try cari ok.



ok itu aje nak kongsi. Terima kasih baca sampai habis. Macam biasa, perkhidmatan solekan untuk semua majlis aku terima termasuk di bulan puasa ini. Call/sms aje di 019-3944695 (fareha.)

5 org pengomen

August 10, 2011 at 10:11 PM

Thank you sis~ nak kena geledah2 banyak kedai.. hiks!

August 10, 2011 at 11:38 PM

hehe thanks info eyeliner putih tu.. =)

August 11, 2011 at 7:56 AM

dalin & gnie : u ur welkam :)

August 11, 2011 at 1:58 PM

yeah...kak fareha jawab sokalan gee..maceh..(^_^) nanti gee cuba okeyh..(^_^)

November 1, 2011 at 4:10 PM

sama-sama kaceh huhuhu

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...