25 April 2013

Doakan fareha ye :)

Salam semua,

Dah lama tak menaip, asyik post gambar je kan..sekali sekala tak salahkan fareha tulis karangan sikit hik hik. Ok poyo!. Untuk pengetahuan kepada para pembaca blog fareha secara sengaja atau tidak sengaja, fareha sedang menunggu saat kelahiran anak ke 2. 

Sekarang usia kandungan fareha adalah 37 minggu, sudah cukup bulan untuk melahirkan dan sedang menunggu. Sebab tu semua tempahan makeup dan kelas solekan fareha terpaksa tolak buat masa ini. Fareha akan kembali aktif ambil tempahan bermula Ogos 2013. Maaf ye kepada yang sms/whatsapp fareha tu....tak larat sangat nak pikul 2 tanggungjawab sekaligus. In Shaa Allah bulan 8 boleh mula semula ye.Senyum sikit :).

Walaubagaimanapun, sekiranya ada yang ingin menggunakan khidmat makeup fareha pada bulan 7, fareha bole ambil tapi yang sanggup datang ke rumah sahajalah ok. Bagi kelas solekan (basic) pula, masih banyak tarikh kosong untuk anda penuhi. Boleh klik SINI untuk tahu tarikh-tarikh yang ditawarkan. Untuk kelas solekan pengantin juga akan mula open bermula ogos. Tarikh boleh pilih sendiri, sekiranya fareha free boleh on je. Apa-apa hal korang boleh sms/whatsapp fareha ok 019-3944695.

Oklah dah panjang lebar, nanti ngantuk kalau lagi panjang. Doakan fareha selamat melahirkan baby ni ye :)...terima kasih semua.

10 April 2013

Last Job sebelum cuti bersalin :)





29 March 2013

Pakej Baru - Kelas Solekan Pengantin

Salam semua..ada berita baik, sudah ada mula pakej baru bagi korang yang nak belajar cara mekap pengantin ala Fareha Rahmat. Tarikh korang boleh request sendiri.


Pakej Kelas Solekan (Pengantin):

Pakej 1 - Personal Make Up Class / Kelas Solekan Pengantin, maksimum 6 orang, lokasi Presint 11 Putrajaya. Bayaran : RM200 seorang.

Pakej 2 - Personal Make Up Class / Kelas Solekan Pengantin, one to one. Bayaran : RM250 (Kelas berlangsung di rumah saya shj)

- Saya akan ajar cara bagaimana makeup pengantin (Cara Fareha Rahmat)
- Cara hide kening tanpa perlu dicukur
- Teknik shading yang betul
- Akan diberitahu produk sebenar yang saya pakai untuk makeup pengantin
**Alat makeup yang digunakan: Farmasi Colour Cosmetic
*Alatan mekap, nota dan sijil disediakan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...