Salam, ini entry pasal kebengangan semalam. Dari pukul 10 malam aku ngan encik suami berkejaran ke wad kecemasan Hospital Putrajaya, si gendut demam panas dah sampai 40 darjah. Tempat saringan tu hanya masukkan ubat punggung dan minta aku mandi kan si gendut.
Ok fine, dah buat, orang memang ramai itu aku akui, yang paling tak sangka Wad Kecemasan dan Trauma pada malam semalam hanya ada seorang doktor!. Punya lama, berabad tunggu beb, hati dah panas. Bukan aku je, ramai lagi orang yang asyik bertanya bila nama mereka nak dipanggil. Damn! 5 jam setengah aku bertapa kat situ. Ya beb 5 jam setengah. Sampai pukul 3.30 pagi ok.
Si gendut kena ambil darah, nak tunggu keputusan tu rasanya orang dah tinggal 5-6 orang je lagi dalam wad kat luar tu, tapi tak dipanggil-panggil lagi. Nasib muka doktor suci je, sejuk sikit aku tengok. Kalau si gendut dah besar leh buat doktor jadi menantu. Ok aku mengarut. Encik suami memang dah menyumpah.
Tolonglah wahai Orang besar dan orang kecil di Hospital Putrajaya, janganlah dicampurkan lagi yang betul-betul kecemasan dengan yang kurang kecemasannya. Kesiannlah kat kami yang betul-betul memerlukan rawatan ni terutamanya anak-anak yang kecil ni.
5 org pengomen
kesiannyer lahai anak tuu .. knp akak tak g serdang ? serdang mmg ta rmi ..
ala keciannya.zaza pon pnh terkena di hospital taiping..bengang tol..
ooo kesianya..hope he get well soon!
btw bila last day contest akak?
huh... lamanya . tp spital kerajaan mmg org ramai rasanya ..
cik syu: org kata serdang lg teruk,lgpun hospital putrajaya plg dekat
zaza: dh nama spital kerajaan cmtula
mars mello:tq, last day 31 julai ni dik
halila:mmgpun tp xkan doc sorang je kan
Post a Comment
terima kasih sebab komen!