Salam, Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik. (Sumber Wikipedia Bahasa Melayu).
Woo, woooo kepada sesiapa yang nak menentang atau marah sila pergi jauh-jauh ya. Ini adalah FAKTA yang aku sampaikan. Baca maksud demokrasi pun dah nak marah isk isk isk.. tujuan entry ini ditulis bukan nak tunjuk aku ni penyokong Bersih ke atau penentang Bersih. Hanya nak kongsi sesuatu yang aku tau.Tujuan Bersih adalah seperti yang dinyatakan dibawah. Sila baca dahulu sebelum mengomen.
- Penggunaan dakwat kekal
- Pembersihan Daftar Pemilih
- Pemansuhan Undi Pos
- Akses Kepada Media
So salah ke kehendak rakyat untuk meminta seperti di atas. Walaupun sudah ada rundingan tapi mereka rasa keadaan masih sama, sebab itu diadakan perhimpunan Bersih.Salah rakyat?. Fikir-fikirlah sendiri ek, Bagi aku tak salah kot, cuma yang orang kata haram tu sebab tak dapat permit. Itu aje. Pendapat masing-masinglah kan. Kita rakyat malaysia, duduk dalam negara demokrasi, tak perlu kot salah menyalahi antara satu sama lain.
Suara Rakyat Malaysia, Fareha Rahmat.
Post a Comment
terima kasih sebab komen!