07 July 2011

Kerana video itu aku berjaya membuatnya, yes!!

Salam, secara lahiriahnya aku memang tak pandai masak. Ok tipu, boleh masak tapi tak berapa nak pro la, malu weii nak bagi orang makan masakan aku. Konpem berkerut dahi ahaks. Akan tetapi aku atasi rasa itu, baru-baru ni aku try cari resepi yang siap ada video.

Bukan apa, menyenangkan kefahaman aku lagi. Aku bukak trymasak.net, macam-macam ada ooooo, best gila aku tengok, aku terjumpa resepi udang goreng mentega. Ala kacang je sebenarnyakan aku je yang tak tahu. Aku perhati video tu ulang kali, last-last aku cuba masak kat umah. Menjadi yahooo punya gumbira rasa di hati, tapi erk jangan gumbira sangat sebab belum dengar komen juri, siapa lagi kalau tak encik suami. Lulus...yeyeyyy. Nah ini rupanya.




Takkan nak bagi makan lauk itu je kan, so masa nilah aku tunjuk skill, lauk paling teral aku masak selepas sambal adalah lemak cili api. Kali ni aku masak ikan jenahak masak lemak cili api, lama tak makan,cuak gak takut tak jadi, maklumlah selalu sangat masakkan ahaks. Jadi juga, lauk ni encik suami kata memang aku dah lulus lama dah. Apa lagi senyum macam kerang busuk la aku. Perasan!.



Sekian wassalam, lintas langsung dari dapur akak huhuhuhu.

1 org pengomen

July 8, 2011 at 4:03 PM

sedpnyer kak ..t, ade udang :( . sye alergik dgn udang :(

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...