15 May 2011

Kejutan untuk encik suami!

Salam, aku memang bukan penyabar orangnya. Pagi tadi aku minta idea korang untuk anniversarrykan, tiba-tiba idea datang dalam kepala otak aku, ecehhh tiba-tiba apanya, dari hari jumaat lepas aku dah terfikir. Jimat dan mudah. Aku tempah satu header kat cik bulat, dan aku bina satu blog.

Inilah hadiah ulangtahun perkahwinan paling sempoi ahaks, bajet takda so gunakan segala kemudahan free ni la. Walaupun aku bukan pro, tapi atas ketekunan aku baca tutorial, itu dia aku berjaya siapkan satu blog khas untuk encik suami. Konon nak kejutkan dia nanti, tapi hati aku dah tak sabar nak tunjuk.

Encik suami senyum je bila aku bagi blog ini secara rasmi kepadanya. Bangga gak aku leh siapkan blog ni untuk encik suami. Diulang walaupun tak cantik sangat tapi oklah daripada takdakan. So apa kata korang yang dah support aku selama ni, support pula encik suami ku. Senang aje, klik banner kat bawah. Terima kasih.


3 org pengomen

May 15, 2011 at 10:42 PM

wahhh annvsry lain dari yg lain lah.xcantik xpe jnji kita ingat tarikh keramat tu :)

May 16, 2011 at 9:47 AM

hihihihi betul tu

May 16, 2011 at 9:47 AM

hihihihi betul tu

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...