16 May 2011

Aku menyesal!!

Salam, tibalah hari aku beremosi sikit. Sampai je tarikh ni, aku memang tak lari dari penyesalan. Aku memang betul-betul menyesal sebab..sob sob, menyesal sebab dulu tak belajar rajin-rajin, asyik nak bercintun je, tu yang lingkup masa depan.


Dulu dan kini jauh beza bagi aku, dulu kat sekolah akulah harapan bangsa, cewahhhh almaklumlah kawan dengan budak-budak skema, aku jadi skema samalah, cikgu letak harapan tinggilah sikit. Tiba-tiba bila hati telah dimiliki, aku mula abaikan buku, cikgu dah mula bising kat aku. Bergema dalam kelas suara cikgu membebel, kalah ibu aku. Nak jaga prestasi sekolah konon. Pergi mamposlah dengan semua tu. Aku bengang betul!.


Bingit telinga aku tiap-tiap hari tak usah cakaplah. Sampai suatu masa, hati aku telah dilukai, aku mula tersedar. Baru nak sedar...spm lagi tiga bulan. Aku pulun belajar tapi satu apa tak masuk. Itulah bila cikgu nasihat kau taknak dengar. Cikgu maafkan anak muridmu ini. Tapikan cikgu, aku tak jadi bohsia atau minah rempit, aku tak jadi minah kilang, aku berjaya kerja dalam Jabatan Kerajaan. Walaupun pangkat prebet cabuk je, jadilah dari tanam anggur.


Terima kasih cikgu atas segalanya. Akan aku kenang segala jasa, erkk walaupun aku tak ingat nama semuanya, rupa aku ingat. Untuk encik suami juga, selama hari guru papa!.






2 org pengomen

May 16, 2011 at 12:39 PM

cinta boleh mengubah segalanya..hihi..nasib awak cepat sedar..(walaupon lagi beberapa bulan je kan)..hihi

May 16, 2011 at 7:19 PM

wahai pn. fareha.. jgn dikenang2.. aku pun sama.. uhuks..

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...