11 May 2011

Digi Award - vote la untuk aku sekali!



Salam, korang dah biasa nampak kan benda alah ni? ala yang vote-vote untuk digi award tu. Best oo hadiah dia, selain dapat trophies setiap pemenang kategori yang dipertandingkan akan dapat duit RM 5,000.00, iya aku cakap betul ni. Rata-rata blogger cornfirm join ni, tapi aku tengok Fatin Liyana tak joinlah, dia busy kot.

Aku teringin juga nak memasukkan dan mendaftarkan diri tapi malu la weiiiiiii, blog setakat macam aku ni tak layak langsung!. Nak minta vote orang lagilah malu. Melainkan kalau blog aku ni terkenal seantero malaysia. Kalau aku popular agak-agak aku berlagak diva tak? ahaks, minta dijauhkan daripada perkara mungkar camgitu ya :).

Buat masa ini aku dah vote untuk Cik Epal, Ben Ashaari, Elia dan Zaarah Jasmin. Belum tergerak jari nak vote blogger lain. Insyaallah bila datang rasa teruja dan budiman aku ni, akan aku vote yang lain juga. Korang dah vote? jomla sekali sekala support blogger lain, apa salahnya..tak luak pun.

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...