21 May 2011

Apabila encik suami ke ..... dia hebat sekali!

Salam, kisah malam ini, apabila encik suami ke dapur, percayalah memang encik suami yang masak makan malam hari ini. Ala selalu pun memang dia yang masak, dapat bini tak reti masak itulah jadinya. Aku hanya jadi pembantu je, bab potong memotong bawang lah aku, masak nasi lah aku, basuh pinggan lah aku. Pokoknya semua kerja pembantu aku lah tu huhuhu. Muka pun sesuai dah jadi pembantu. Gelak lah..

Malas nak cakap banyak, encik suami dah sound nak pakai ini laptoplah, jadi harus menaip dengan pantas. Encik suami junior jadi mando hari ni, tengoklah gambar dia sambil cekak pinggang melihat cili di blender, menurun mama lah ni kot. ahaks.







Tadaaaaaa dah siap juadah malam ni, aku baru je selesai bedal ayam masak merah ni bersama nasi putih, dan bahan wajib aku adalah kicap cap kipas udang, memang terbaik wookkk. Jemput semua.

2 org pengomen

May 21, 2011 at 8:48 PM

phewwwiiitttt!!! hoho, kak fareha, belajarlah masak, buat makan malam special, surprise punya untyk husbad akak ^____^

May 22, 2011 at 8:40 AM

huhuhu mmg tgh blaja dik

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...