Salam, hari ini ada kenduri kahwin, dulu time aku yang kahwin, sekarang time orang pula. Malas doh nak pergi, tapi demi membahagiakan pengantin aku pergi jugalah.
Sebenarnya kad aku tak dapat, maknanya tak dejemputkan. Tapi ibu kata mungkin tuan kenduri tu lupa. Ibu letak telefon, selepas 2 minit dia call lagi, ibu kata dalam kad tu dia tulis sekeluarga. Bermakna? Aku pun dijemput sekali lah. Ibu ni pandai-pandai je ahaks sebenarnya dia yang nak suruh aku pergi tu. Apa-apa jelah.
Teringat time nikah dulu, aku tak sempat nangis, encik suami berjaya lafaz dan aku sudah menjadi isterinya. Sepantas kilat aku capai tisu, berlakon konon-konon macam nangis lah, siap lap mata tak tahan tu. Haha. Malu-malu konon, kena paksa snap gambar cium dahi. Memang trend ek semua pengantin macam tu? Cium tempat lain tak boleh ke? lalalalalala.
Lepas setahun, keluarlah si gendut comel, dia lah racun dialah penawar. Semenjak ada si gendut aku jadi pembebel terhebat di dunia. Nasib encik suami telinga kebal. Buat dekk je bila aku membebel. Si gendut pun tak makan saman kalau aku marah. Cisss tak baik derhaka dengan mama tau!.
Dan esok, genap 3 tahun usia penggabungan kami suami isteri, macam sekejap je dah 3 tahun. Nak bagi hadiah apa ya?. erk ermm soalan untuk encik suami...
Post a Comment
terima kasih sebab komen!