10 April 2011

tak suka tapi cerita juga

Salam semua, harap sihatlah hendaknya ye. Sangat bersopan santun entry kali ini, jangan muntah ok, nak cerita ni tadikan encik suami beli durian, ye durian buah yang buat aku pening kepala tu, encik suami tanya nak makan durian tak? aku berniat dalam hati nak cuba juga makan durian sebiji bagi licin lalu menganggukkan kepala.

Maka encik suami pun belilah D24, nak tahu harganya? perrrghhhhhh punya mahal cekik darah betul, encik suami hanya beli sebiji dan harganya ialah rm28, apa ko ni tokey punya mahal kau jual, tawar menawar pun berlaku dan dia bagi rm25, encik suami belilah..balik rumah aku macam excited nak rasa, ambillah seulas, kemudian seulas lagi dan lagi dan lagi dan..tiba-tiba aku rasa mual nak muntah, setibanya ulas yang keempat aku terpaksa berhenti, muka dah merah mata pun dah berair menahan rasa loya..namun aku berjaya menghabiskan 4 ulas, kira okla tu kan.

D24 ni isi dia tebal dan lemak, agaknya itulah penyebab utama aku tak boleh makan banyak, lepas makan tu dia bau, sendawa pun bau durian, nak hilangkan bau itu aku bedal 3 potong kek butter badam dengan honeystar, alamak bau memang tak hilang lagi, kunyak gula-gula getah ermmmm nafas segar aku rasa, dengan durian jugak encik suami telah masak ikan patin masak tempoyak, lagi aku tak makan...korang makan? walaupun aku tak makan aku upload jugak gambar tanda penghargaan untuk encik suami yang telah penat masak lauk ini,tengok la gambar kat bawah tu (sebenarnya gambar itu bukan gambar yang aku snap, aku lupa snap jadi aku search je kat google huhu)


8 org pengomen

April 10, 2011 at 6:44 PM

bestnyaaa suami reti masak haha cam comel ja :D saya pun tak suka bau dia. pening ~.~

April 10, 2011 at 11:50 PM

mak aiii sodap eh...meleleh kecur air liuk den...nak cikittt haa.. =)

April 11, 2011 at 8:18 AM

aisya J : huhuhu itula psl, malu plak encik suami lebih teror msk dr sy

April 11, 2011 at 8:19 AM

sofina lilo: ambikla c.lin

April 11, 2011 at 2:38 PM

mak ai..meleleh2

April 11, 2011 at 3:13 PM

suka ke?xsdp pun kui kui kui

April 12, 2011 at 12:36 PM

Awwwwwuuummm...
Durian durian..
EB pn ada buat entri pasal durian.. Semua kerinduan kn skrg ni mkn durian..

ni entri eb..
http://mohdasynor.blogspot.com/2011/03/oh-durian.html

April 12, 2011 at 12:40 PM

huhuhu ok nanti akan ku terjah entry durian mu

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...