09 April 2011

berpintal tali pusat aku dek gelak



Salam semua, selamat hari sabtu, hari ni aku nak update tentang sesuatu yang tak dapat diselindungkan lagi, oleh kerana video terpampang kat atas tu maka semuanya dah tahu aku nak cakap pasal apa kan..kan...ye aku nak cakap pasal Maharaja Lawak Minggu kedua, aku pilih Jozan. Kenapa mesti Jozan bukan jihan ke amir ke, nak tahu sebabnya? sebab aku memang suka dengan lawak sengal dua budak ni si Johan dan Zizan, buatlah apa pun geli je hati aku ni ahaks, selain jozan aku pilih sepah jugak tapi kena buat entry lain kali pulak lah, nanti orang kata aku tamak haloba.

Ini first time aku tengok maharaja lawak, sebabnya minggu pertama tak dapat tengok al maklum sahajalah bola siaran langsung kat astro 801, team kelantan lawan, encik suami bersama-sama rakan lain berkumpul dok tengok bola, melepaslah aku nak tengok maharaja lawak, minggu ni aku mesti tengok dan ternyata tidak sia-sia aku tahan mata dari tidur, lawak nauzubillah, aku gelak tak ingat dunia sampai sakit ini perut la.

Kepada sesiapa yang tak dapat tengok aksi si Jozan malam semalam, tu hah aku dah uploadkan untuk korang tengok, nilailah lawak ke tak, kepada yang tak sudi kutuk dalam hati sudahla ek..tak perlu nak buat kenyataan panas, lain orang lain minatnya so hormatilah keminatan orang lain, betul ke bahasa aku tu? bahasa menunjukkan bangsa, budaya kita wajah kita tau ok aku membebel lagi..


Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...