11 April 2011

nafsu yang tak dapat dibendung lagi

Salam, tengok tajuk korang dah fikir lainkan, tolong padam pemikiran nakal itu sekejap sebab ianya tiada kena mengena dengan benda apa-apa yang dilarang huhuhu...

Tolonglah kesiankan aku ni yang sangat jakun tentang strawberry, ye itulah yang aku nak cerita, ada apa dengan strawberry? sebenarnya telah lama aku pendam hasrat di hati, tapi aku tak kira orang nak cakap apa kerana sudah tiba masanya aku luahkan rahsia yang sebenarnya aku teringin betul nak makan strawberry cicah coklat, ala macam siti oppss Dato' Siti suka makan tu, serius aku tak pernah lagi makan, kesian kan?

Aku rasa dah berzaman strawberry cicah coklat ni wujud, masa tu kecoh pasal benda alah yang satu ni dan masa tu aku memang tak ambil tahu langsung, tapi semenjak dah pernah berbadan dua waktu dan ketika itu, aku memang mengidam..sampai la ni tak dapat lagi, aku teringin gila nak makan strawberry dengan coklat yang melimpah dan terus makan kat situ jugak, mesti best kan? demand betul, banyak songeh sangat kau pergilah sendiri, ok aku poyo sila angguk kepala.

Aku saja upload gambarnya, mesti korang terliur nengoknya..huhu sebab aku pun tak tertahan dah, boleh tak korang suggest kan tempat yang boleh aku dapat nikmat dunia ni, yang dekat sudahlah sebab kalau jauh konpem aku tak pergi, nak-nak lagi bila aku ajak encik suami hanya kerana nak makan ini, permintaan ku tidak akan dilayan huhuhu


2 org pengomen

April 11, 2011 at 2:37 PM

igt nafsu apa la tadi kak..=)

April 11, 2011 at 3:13 PM

ha ko pk ape ujang huhuhuhu

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...