02 April 2011

Banner ke macam tu? #2


Salam dan selamat malam semua, ok khas untuk tiga orang follower bertuah yang diumumkan siang tadi, nah ini dia banner hodoh untuk di salin dan tampal (copy n paste) jika mahu letak di blog korang ye, sorry otak jem dan badan sangat lemah nak berfikir kreatif untuk buat banner, jadi hambik yang ini ok..dan secara rasminya mulai hari ini banner ini akan dianugerahkan kepada semua follower termasuk yang akan datang ek..maknanya akan ada lagi ke pencarian follower bertuah? jawapannya mestilah ada...sebab aku sangat suka bagi hadiah dan nak korang gembira, bukan sahaja baca info (info? opss salah cerita lapuk dan basi) yang ada dalam blog aku ni tapi menjadi follower yang dihargai....cewahhhh ayat minta pujian la tu, huhuhu gurau aje,ada lagi seorang yang tak beri respon lagi yakni azyraa, please adik emel secepat mungkin nak pos hadiah nanti...


aku nak cakap lagi, terima kasih kepada mereka yang sudah ramai pengikut blognya yang sudi juga follow blog aku ni, buka apa, bila dah popular susah sikitlah nak follow semua sekali kan...sebenarnya aku tak suka konsep i follow u n u follow me back, suka hati orang tulah nak follow ke takkan? tapi jangan risau aku memang jenis suka follow blog orang yang lawat blog aku kecuali atas sebab-sebab tertentu aku tak follow...kredit aku nak bagi kat Ujang , sebab dalam ramai-ramai insan yang follow aku, aku rasa dia yang paling tinggi follower dan blog dia running sangat cepat yang sudi jadi follower aku, korang tengok blog dia tu pasti korang gelak terbahak-bahak, ayat kelakar dan sempoi..ehhh aku promote kau lah ujang, mintak rm10 upah aku huhuhu,


ok demam-demam pun aku bebel panjang gak, rasa panas dah ni ok babai..

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...