05 April 2011

Alergic betul aku bau tu!!

Salam, aku memang alergic bab yang satu ni, nanti sekejap sebelum aku cerita lebih lanjut, boleh tak aku lepas gian nak berdialog, baru ada feel nak bina cerita, ok tipu.

" fatah mana dapat durian ni?"

" saing kito bagi sat ni" (maksudnya kawan saya bagi tadi)

ok itu je dialognya, lepas gian aku, berbalik semula pada ceritanya, durian..ha pasal durian la aku nak bagitahu, cerita ni aku peram dari semalam, kalau ikutkan hati semalam lagi aku dah tulis entry untuk cik durian raja segala buah ni tapi disebabkan kesihatan tak mengizinkan lalu aku memilih untuk tidur je (nikmat weii dapat tidur lama-lama), aku bukanlah hantu durian (bermaksud suka sangat dengan durian)..memang tak suka pun makan durian ni, dalam famili aku seorang je yang pelik alergic dengan durian, masa musim durian tu diaaaa ibu beli durian berguni macam la durian akan pupus kalau tak beli,kalau makan tu ngadap durian pun takpa, bila bukak pergghhhhhhhh baunya buat aku laloq macam nak pengsan, dekat rumah aku sekarang ada dua biji durian adik ipar aku bawak balik, mak oiii menikam-nikam jiwa baunya, berpinar kepala aku, takda siapa ke yang nak menjamah durian tu, sebelum aku sedekah dekat jiran sebelah,ha tibalah waktu solehah aku nak beramal ni, dah tu satu rumah bau durian, angin pulak.

der..kepoyoan kau tak makan durian, ada kau kisah ke, serius aku memang tak suka tapi aku takda la tak makan langsung, itu pun kira okla ikut mood baik dan ikut tekak rasa nak, aku bedal jugak dua tiga ulas, kadang-kadang layan jugak tapi tang bau tu memang tak boleh bla...tolonglah encik suami makan cepat durian tu..


*edit : apa jugak yang berkaitan dengan durian kalau korang bagi seribu kat aku untuk makan belum tentu aku dapat makan, duit je aku nak boleh huhuhu

3 org pengomen

April 5, 2011 at 8:34 PM

Akak takmakan durian? Hehe sama dgn Yana,taksuka makan dgn bau, kekdg boleh thn kekdg takboleh tahan yawww HAHA :DD

April 5, 2011 at 8:47 PM

mmg dik oiii, bukan la nak belagak tp bau dia mmg pening la kepala, kadang2 je bole mkn

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...