11 April 2011

mood ceria bila tengok dia

Salam, ini semalam punya cerita tapi wa peram sampai pagi huhuhu, dan wa publish hari ni, takpa ka? Kan semalam aku tension pasal skype, lalu ada seseorang yang telah mengembalikan mood aku menjadi ceria semula.

Dia seorang yang sangat comel dan suka cium aku, tetapi sesungguhnya aku bukanlah curang, cuma kasih terbahagi dua, bak kata maksu chantek dialah encik artis bakal pengganti ramli sarip, aku tak rela dirinya menjadi rebutan lalu pergi tanpa mempedulikan kehadiranku ewahhhh..artis? takda tok nenek moyang keturunanku menjadi artis. Tiada keizinan itu untukmu encik artis, nyanyi dalm bilik air sahaja dihalalkan ye.

Lagi satu tabiat encik artis, dia sangat sukakan benda yang bergerak contohnya video kamera dalam telefon, apabila buat 3G dengan handphone kuno aku tu biasalah kamera tang belakang jadi tak nampak la muka sendiri dalam telefon, encik artis akan menangis sekuat hatinya.

Last but not least, dia suka babai benda tak hidup, contohnya barang mainan mahupun baju yang telah ditanggalkan, dia akan babai sebab mama suruh pergi mandi, sangat comel aksi membabai itu huhuhu, mood aku akan ceria bila tengok dia, inilah orangnya:




5 org pengomen

April 12, 2011 at 11:54 AM

igt kan ceria bila tgk sy..hehe

meh soh dia amik gambo dgn sy

April 12, 2011 at 12:02 PM

mehla kalau dia nak huhuhu

April 12, 2011 at 2:32 PM

anak lah cahaya mata hati. hilang semua penat bila lihatnya =)

April 12, 2011 at 3:07 PM

ye tepat sekali

April 12, 2011 at 7:50 PM

alalalaa. comelnyaa :D

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...