23 April 2011

makan aiskrim pun kecoh

Salam, eh mestialah aku nak cerita,layan sekali sekala aiskrim malam-malam ni best juga ya, sungguh bernafsu aku tengok aiskrim double dutch yang berada atas freezer tu. Tadi jalan-jalan kat JJ, terpedaya dengan amoi yang jaga aiskrim kat situ. Akhirnya aku tewas dan beli juga.

Mula-mula buat bodoh je, nampak tak nampak je aku tengok aiskrim tu, tiba-tiba hati aku tak tenang, isk tak keruan dibuatnya. Lalu sepantas kilat aku buka peti ais dan menyambar double dutch yang sejuk itu. Perrrghhhhhhh bila buka je dah nampak marshmallow yang melimpah, datang pulak jakon aku ni, maklumlah tak pernah makan marshmallow, teringin nak rasa, ambil cawan dengan sudu, cedok dua sudu dulu..makan dengan si gendut. Itu dia suapan pertama sudah terasa nikmat dan kesedapan aiskrim ini. Sedap weiiiii tak terkata.

Untuk yang belum rasa aiskrim ini, double dutch ni perisa vanila ditambah dengan chocolate flavoured syrup, marshmallows, chocolate chips dan cashew nuts. Nak? belilah sendiri lepas tu melantak sampai habis hua hua hua.





3 org pengomen

April 23, 2011 at 10:31 PM

nak jugakkk T_T

April 24, 2011 at 11:23 AM

suka aiskrim ni =)

June 28, 2012 at 11:54 AM

memg sedap ponnnnn

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...