24 April 2011

beri laluan sikit dekat blogger lain

Salam, yes! aku boleh online sekejap, actually pagi tadi dah online sekejap tetapi laptop dirampas oleh encik suami yang hendak buat soalan peperiksaan budak. ok fine aku mengalah. Sekarang dia keluar pergi kedai, aku rampas kembali laptop ini. ok aku ada masa 15 minit dari sekarang.

Aku terlihat blog Ben Ashaari yang buat segmen khas untuk blogger baru, tetapi malangnya tarikh tutup adalah semalam, aku tak sempat joinla. Takpa bak kata dia, sesiapa yang nak masuk sebab nak naik cepat harap dilupuskan sahaja niat tu, sebab segmen itu untuk berkenalan dengan blogger baru.

Rentetan daripada itu, eceehhhh rentetan katanya...ramai orang merungut bila follow atau komen dekat blog bagi blogger popular, tidak akan dilayan. Kalau ada rupa tu senang la sikit nak follow balik. Betul ke? ermm..betul-betul ke? Mungkin blogger popular ini ada sebab mengapa dan kenapa dia tidak memberikan respon. so blogger baru macam aku ni harus ada sifat kemaafan yang menggunung ya.

Bab blogger baru pula, kalau dia publish lebih tiga entry satu hari, itu dikira nak terkenal cepat ke? bukan apa sebab aku pun pernah dikatakan begitu. Oh kalau blogger popular tu publish entry beratus takpa pula, ada orang nak mengata? itulah sikap blogger yang tak profesional dan berfikiran tidak matang. Eh suka hati orang itulah kan nak publish berapa banyak entry sekalipun. Tidak mengganggu sesiapun melainkan mereka yang mempunyai sifat hasad dan dengki terselit dalam hati. ok no komen.

Pasal komen dalam setiap entry pula, aku percaya setiap blogger baru mengharapkan setiap entrynya diberi komen membina, baru naik semangat nak berblog, betulkan? so kepada yang singgah apa salahnya berikan sikit komen anda. hik hik hik. Dan last sekali pasal follower, ermmm orang kata kalau hari-hari tengok follower naik atau tidak dikatakan memang gila glamour, bagi aku tak sama sekali, bila kita tengok follower bertambah itu bermakna hasil blog kau diterima orang dan harus teruskan lagi berblog. Jangan pula paksa orang untuk follow kita balik, dah jadi tak ikhlas pula.

2 org pengomen

Anonymous
April 24, 2011 at 4:56 PM

betul tu kak fareha.blogging utk kepuasan diri.bukan kumpul berketol-ketol followers.kalau ramai followers,itu kredit sebnrnya.

April 25, 2011 at 8:12 AM

yeah hidup wani;z hik hik hik

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...