Salam,hai semua, hari ini entry lambat sangat, memandangkan aku pakai server free kat office, jadi harus tabah dan sabar jika ada sebarang gangguan. Ya internet ada masalah sikit dari awal pagi, jadi aku peram dulu perasaan yang bergelora di hati ini.
Aku dah muak sebenarnya dengan header blog aku tu, maafkan aku header, tiada niat untuk berpaling tadah, tetapi apakan daya aku cepat bosan. Jadi jangan terkejut kalau tengok header sekarang yang konon cantik hanya dengan bertulisan merah hitam huruf besar dan kecil. Itu sahaja kehebatan aku, maknanya apa? maknanya aku memang tidak tahu buat header meletup. Apatah lagi nak ubah blog ini menjadi terbaik, terimalah dengan redha kekurangan aku ini ya kawan-kawan.
Jadi aku mengambil langkah paling selamat dengan hanya order dan menunggu header ku siap dicipta. Haaaaa penuh tanda tanya? siapa yang sangat baik hati buatkan header aku tu?tunggu......nanti dah siap akan ku khabarkan berita gembira itu. Sekarang layanlah gambar header dulu, kini dan akan datang, opps akan datang belum lagi. Tengok je, kalau nak kutuk dalam komen huhuhuhu.
-dari ini-
-kepada ini-
4 org pengomen
wahhh...suspen nak tunggu header die...heheheh...nak tempah 1?hahaha
salin kulit ek..hee
zeeyra esa: nak tempah ke? bkn kat akak...nanti tunggu entry akak psl header baru ni, nanti akak bg link katne nak tempah.ecehhh poyo huhuhu
ujang9897: kulit atas je, hahahaha
Post a Comment
terima kasih sebab komen!