Salam, hari ini kami serbu HUKM, pergi beramai-ramai macam geng kapak, berpeluh-peluh di panas terik, masuk parking terus melangkah cari wad pakar bersalin, melangkah masuk wad 7e nama kurang diingati, pintu automatik terbuka sendiri, wahhhh teruja aku, rasa sangat kagum dan terpesona, kalau macam ni punya wad aku sanggup duduk lama-lama, permaidani dari india agaknya yang menyambut kami. Masuk bilik nombor 10, tu dia nampak razman junior sedang nyenyak tidur.
Sumpah comel, bibir seksi warna pink, pipi gebu kulit mulus aduhhhhh baby bos aku, dah jadi papa dah bos hahahaha, ok sampai situ je cerita pasal HUKM dan razman junior (anak bos huhuhu), masuk bab paling aku suka. Makan. Ya masa dah pukul 2.00 petang waktu itu, dan sepatutnya kami berada di pejabat tetapi perut sangat lapar, tanpa mempedulikan masa terus terjah ayam penyet bandar permaisuri, perut dah merengek manja minta makan. Kesian perut aku, aku bedal satu pinggan tak pandang kiri kanan, sedap tak terkata. Alaaa sebab laparkan, habis licin,mak mertua lalu belakang tak perasan la kot hahahaha.
ok itu aje, sila lihat gamba dibawah, dan nikmati gambar itu dan bayangkan kesedapan ayam penyet tersebut. Bayangkan ketika lapar sahaja ye huhuhu.
2 org pengomen
tak pernah rasa pun ayam penyet ni T_T nanti nak rasa! hihi :D
aisya J: nnti rs la..takdala sdp sgt2, n takdala tak sedap, kalau nak cuba bole aje
Post a Comment
terima kasih sebab komen!