14 April 2011

bila tiba-tiba rasa sedih


Salam, korang pernah rasa sedih? tahu apa itu sedih? entry ini untuk mereka yang pernah ada simptom-simptom sebegitu kerana aku sedang dalam keadaan itu dan memerlukan pertolongan segera. Nazak dah rasanya cuma masih mampu dikawal je (ok ayat minta simpati, buat muka sedih semua).

Aku pun tak tahulah patut ke tak buat entry ni, sebab takut yang membaca tu ada pulak yang terasa. Ya benar aku memang dalam kesedihan. Sedih bila rasa dunia ni macam tiada sesiapa, ok over, sedih bila kawan rapat kita macam wujud tak wujud je. Aduhai tak reti nak terjemahkan apa dalam hati, tapi memang sedihlah. Kalau ikutkan hati dah lama menangis tapi buat apakan.

Tak tahu nak tulis apa...

Sedih gila wei..

Betul aku tak tipu..


ok edit balik. aku dan kesedihan memang tak dapat dipisahkan, hari ini orang yang rapat dengan aku semua takda bercuti, encik x yang dahulunya rapat pula buat bodoh je, itu yang bertambah sedih...ok tak ayat karangan aku.. huhuhuh

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...