29 March 2011

saat cemas pecah rumah dengan izin | mihun celup terbaik

salam korang, selamat pagi semua..kenapa terkejut ke entry di awal pagi lagi untuk hari berikutnya? tidak..korang salah aku tak cuti pun hari ni, aku keje dah..pakai komputer opis yang zaman purba ni la, tapi dah flat screen ooo cuma lembab gila, ala biasalah aku bukan baik sangat, korang pun buat jugakkan kadang-kadang, ok satu sama..tengok tajuk entry macam cuak je, ye itulah yang terjadi hari ahad lepas, kan aku habaq haritu family aku pindah, adalah la lagi barang-barang yang kena angkut, banyak tak hengat la khazanah ibu ayah aku ni..sayang nak buang katanya..kalau aku dah humban dah, ok sori ayah anakmu memang suka buang membuang ni huhu, ayah pulak lambat sampai, kunci takda nak bukak pintu rumah, makcik-makcik sebelah yang turut nak pindah dah jerit dari pagar sebelah..kita pecah je..oooo ganaz betol depa..apa lagi berkobar la si lelaki-lelaki yang ada tak terkecuali encik suami, dia la pun yang paling semangat siap tendang, dan..dan akhirnya berjaya dibuka, bila dah ada pakar pecah rumah haruslah terbuka kan..huhuhu gurau je, nah tengok la gambo yang aku snap tapi dua keping je, memory full la tepon kuno so gambar pun tak clear...

encik suami bersama dua orang tukang pecah rumah tengah berusaha gigih


ni pulak mandor-mandor yang setia menunggu pintu rumah dipecahkan

dah puas tengok saat mencemaskan itu kan? so beralih cerita kedua, semalam kan aku cuti, punya bosan tahap gaban, malam tu aku tiba-tiba mengidam nak makan mihun celup pantai dalam, bukan apa dua kali aku frust pergi kedai tutup, malam tadi aku suruh encik suami call dulu akak kedai tu, yessss ternyata rezeki aku nak makan malam ni..ooo mengidam ada isi ke? isk jangan buruk sangka..ada-ada je korang ni la..takda maknanya,sampai je terus order ni, itu dia mihun celup kelantan terbaek kat pantai dalam, sedap sangat sampai aku rasa satu mangkuk tak cukup, memandangkan aku lepak bersama-sama kawan encik suami juga jadi nak order lagi semangkuk sangat malu, so berbisiklah aku ke telinga encik suami bahawasanya aku nak lagi semangkuk tapi cover ekk..kali ni bungkus melahap kat rumah hhuhuhu. encik suami tercakap kuat pulak 'tak cukup mama?...' adoyai suami ku....kawan-kawan encik suami gelakkan aku, aku wat dekkk je..lagipun dah kenal so malu tu leh cover la konon...tu gambo kat bawah tu, dan kalau ada soalan kenapa entry semalam dan hari ni semua gambar sangat besar? ye aku dapat complain dari cik pyka rahmat, mata dia juling nengok gambo kecik, nah untuk kau pyka rahmat sebesar alam akak upload...huhuhuhu..


air teh 'o' ais

kepok ikan khas untuk si gendut hakimi yang cumel


mihun celup kelantan pantai dalam

2 org pengomen

March 29, 2011 at 12:31 PM

hahaha...klaka ada dua entry dl satu masa..hihi

me celup tu mcm sedap..hoho

March 29, 2011 at 2:11 PM

jimat ruang dan jimat masa bile wat 2 perkara dlm 1 entry huhuhu, tq komen...

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...