13 December 2011

Ulangan : Kriteria Sesi Pembelajaran untuk Kelas Solekan

Salam semua, selamat pagi. Ok ini kira macam entry ulang tayangla sebabnya dulu dah pernah publish berkenaan tajuk ini, tetapi masih ada lagi yang bertanya. Mungkinkah kecil sangat pages di atas sampai susah nak klik?. Tak marahla, bertanya je hik hik.

Memandangkan ini sesi penutup tahun 2011 (yakin sesi berkumpulan), takpalah aku kasi ulang isi pembelajaran dalam kelas solekan peribadi itu ya. Sebelum tu nak bagitahu, masih ada 4 lagi kekosongan yang boleh diisi, jom serbu ramai-ramai. Ok iklan derrr.

Kelas Solekan Peribadi (Asas) anjuran Fareha Rahmat ini adalah kelas asas ya/ basic, nama pun dah ada penekanan makanya jangan di persoalkan lagi adakah ini kelas advance atau tidak ok. Dalam kelas ini aku akan ajar solekan siang dan malam serta teknik asas untuk solekan mata iaitu socket dan smokey eyes. Apakahyang dikatakan socket dan apa pula yang dikatakan smokey. Apakah itu, apakah ini semuanya akan diajar. InsyaAllah selepas korang menghadirkan diri ke sesi ini dah boleh makeup diri sendiri dan juga orang lain. Ada tips-tips lain yang akan di ajar supaya korang bole makeup muka orang lain. Menarik tak?


Ni contoh muka model yang di makeupkan. Solekan nipis ke pejabat/jalan-jalan.


Photobucket


Selesai je aku membebel dalam kelas tu nanti, tibalah masanya setiap pelajar akan buat praktikal kepada muka sendiri. Kenapa muka sendiri? Kerana bermula dari muka sendirilah kita ada keyakinan untuk makeup orang lain juga. Dan antara hasilnya ada seperti dibawah:


Photobucket
Photobucket
Photobucket


Penerangan yang panjang lebar. harap terjawab la persoalan di dalam hati. Ingin diberitahu juga, nota + sijil + makanan ringan + alatan solekan akan disediakan. Alatan mekap apa yang aku gunakan? Naturactor, pixy dan dubai pallete lah jawapannya. Dengan bayaran yang paling murah di pasaran ini rasanya berbaloi untuk korang. Kita sama-sama dapat bertukar ilmu.

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...