05 December 2011

Cerita dulu gambar kemudian ok

Salam semua, takda idea yang datang mencurah tapi hati nak juga update. Frust sikit tak dapat nak bagi cerita baru bersama gambar-gambar terbaru. Sebab musababnya adalah kerapa laptop aku buat hal waaaaa so gambar hanya terperap dalam kamera. InsyaAllah esok atau lusa aku update ya gambar kejadian sabtu & ahad lepas.



So hari ini, amik jelah gambar berapa kali ulang entah huhuhu. Motif utama adalah untuk memberitahu bahawasanya untuk shading hidung aku menggunakan produk di bawahnya itu. Yang warna gelap sikit tu. Memang best dan tak sia-sia aku beli dan try test kat customer. Tak over sangat dan sangat soft. Takdalah penipuan hidung yang mancung itu terlalu terserlah kan hik hik. Kalau korang suka boleh cari di kedai MAC yang berhampiran ok, cubalah takkan rasa rugi pun. Oklah, sesiapa nak join kelas mekap sabtu ni boleh terus roger aku ok.



Photobucket


Photobucket

1 org pengomen

December 5, 2011 at 2:19 PM

memang cantik...

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...