18 November 2011

Update - Fareha Rahmat

Salam semua, lambat buat entry untuk hari ini kerana asyik dengar ceramah ustaz don tadi. Nak bagitahu sebenarnya hari ini aku jumpa ustaz don siap bergambar lagi ahaks.

Ala tak kenal ke? Yang 30 minit bersama uztaz don kat tv al-hijrah tu, ha yang itulah. Semoga bermulanya strategi penghijrahan aku pada hari ini, barakallah. Nak kenal dia tengoklah tv al-hijrah, sangat dekat dengan hati bila dia ceramah terus menusuk kalbu sehingga membuat kita tersedar dengan diri yang alpa. Dengan rasa rendah diri aku memohon kepadaMu Ya Allah permudahkan segalanya dan limpahi rezeki tanpa hentinya. Kau perluaskanlah pintu rezeki ku dalam bidang yang aku jalani ini dan hindarilah aku dari segala khianat di dalam diri dan dikhianati dari manusia lain. Amin.

Ok minggu depan aku offday sebab aku balik rumah mertua. Jadinya dari 23 November - 28 November aku tak ambil mana-mana tempahan solekan di putrajaya/lembah klang. Untuk pengetahuan aku akan ke Kelantan, jadi inilah kesempatan sekiranya ada si cantik sekalian yang di sekitar pengkalan chepa/kota bharu yang menginginkan perkhidmatanku, boleh lah contact aku untuk berbincang. Walaubagaimanapun aku akan free pada 26hb yakni hari sabtu sahaja.

Aku akan berjumpa korang lagi ada 29 November ok. Untuk tarikh-tarikh kosong disember ini pula masih ada. Tarikh yang telah di booking adalah 3 Disember [ Kelas Solekan Peribadi - belah pagi] dan 31 disember [ Tunang - tghari], yang lain masih lagi kosong setakat ini. Jika ada penambahan job akan di update dalam pages job list k. Ecehhhhhh konon macam banyak je job ek huhuhuh, apa yang ada ni pun alhamdulillah. ok itu je, kbai.


Photobucket

2 org pengomen

December 7, 2011 at 1:42 PM

brush akak tu ada jual lagi tak berapa harga dia ya?

December 7, 2011 at 3:12 PM

@mars mell-o

yg mana ek? bobbi brown ke? tu dh hbs, yg personal punya ada rm25 + postage

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...