10 November 2011

Telah pulih, terima kasih :D

Salam semua. Huhh sangat gembira dan terkejut tengok blog sendiri hari ini. Akhirnya segala kesakitan telah pun pulih, kali ini pulih dengan wajah baru hik hik. Ok bukan aku yang buat blog sendiri jadi macam ni, kalau aku yang buat nampaknya lepas ni aku kena tinggalkan makeup dan berus-berus ku sebab nak jadi designer blog plak hahahaha, jangan haraplah.

Apa pendapat u all's pasal penampilan baru ini? Aku? Sangat suka dan teruja. Dikesempatan ini ingin aku ucapkan ribuan terima kasih kepada pakar yang telah sudi membaik pulih blog aku kepada ini, dan insan itu adalah Whitey Mommy. Korang berkenan, apa kata jom singgah blog whitey mommy yang kreatif ni. Tapi sekarang dia tutup dulu tempahan, berduyun orang tempah tak menang tangan huhuhu. Ikuti je perkembangan whitey mommy ni, nanti dia buka tempahan balik korang serbu lah. Terima kasih tau whitey mommy.

Ok tak tau nak bebel apa lagi, dengan line beruk band yang eiiiiiiii lembab menghancuskan mood aku. Ingat nak buat entry pasal day makeup kat perak haritu, nampaknya kena tangguh esokla ya. Nah kau tataplah gambar bajet dara dari akak ni hik hik. Contoh makeup untuk dinner tapi yang soft and lite je. Akak suka nokkk yang soft-soft, takda hal lah makeup kau kak semuanya macam nampak tak nampak je kan ahaks.

2 org pengomen

November 10, 2011 at 10:18 PM

cantik giler blog macam tuan die...

November 10, 2011 at 10:54 PM

sudah cantek. suka suka suka. hehe :)

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...