Salam, ramai pula yang tanya apa yang aku guna untuk makeup untuk tahan lama. Ok secara jujurnya aku pakai dua perkara ini. Yang satu harganya murah dan satu lagi agak mahal.
Sebelum ketiadaan yang mahal tu (masa bajet ciput, bukan kedekut tau huhu) aku gunakan Stay Benefit. Harga sekitar rm25-rm30. Ianya ala-ala foundationla tapi best bila pakai tau, nampak macam takda fungsi tapi sebenarnya selain bagi makeup kita glowing, dengan stay benefit juga boleh bagi tahan lama makeup tu. Ini pendapat akulah, tak tahulah orang lain. Rupanya cam gini:
Sekarang, aku ada buat penambahan sedikit pada makeup. Dah pakai MAC, dan ini adalah Refresher Mist, jenis yang sembur-sembur punya. Nampak macam air paip dalam botol je huhuhu tapi sebenarnya air magic tu hik hik. Harga lebih mahal sikitlah dari stay benefit tadi, harganya adalah rm75 sahaja. Berbaloi dengan harga yang meninggi tu, hasilnya woooo lumayan beb!. Pergilah cari kat kedai MAC serata dunia :P. Rupanya macam ini:
Maka terjawablah persoalan kepada yang bertanya :). Ok kelas solekan peribadi pada 03 November ini masih ada 4 kekosongan. Ada sesiapa lagi nak penuhkan tempat, bolehlah terus contact aku ok.
Post a Comment
terima kasih sebab komen!