01 November 2011

Harga baru berkuatkuasa 01 Januari 2012

Salam, seperti yang telah aku gembar gemburkan sebelum ini, harga makeup aku akan berubah mulai januari tahun depan yakni tahun 2012. Ini kerana barang-barang makeup yang digunakan makin di upgrade hik hik. Walaubagaimanapun harga masih di bawah paras mampu insyaAllah. Lenguh dik nun mekap-mekap orang tapi harga terlalu rendah. Orang kata tak berbaloi. Harap faham ya.

Akan tetapi keistimewaan bagi mereka yang ingin booking tarikh pada tahun hadapan di dalam tahun ini, faham ye maksud aku tu, harga akan aku kira harga tahun 2011 juga. Ha cepat-cepat jika korang berminat dengan hasil tangan akak ni. Valid untuk yang duduk di putrajaya dan klang valley sahaja. Tetapi jika ada permintaan di luar 2 kawasan yang telah ditetapkan ini, mohon sms/call untuk berbincang dan beri aku bincang juga dengan encik suami terlebih dahulu ya sebab dia pun yang kena bawak akak ni hik hik.

Jika tak dapat ke tempat anda, kemaafan dipinta.

Photobucket

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...