30 September 2011

Esok cuti oooiii, kelas mekap berjalan esok.

Salam, ok petang camgini baru gedik nak post entry. Konon sibuk sangat dengan kerja haktuih huhu. Ambo deme pulok ari ni, jadi gak lambatlah post entry kan.


Ok esok bakal berlangsung Kelas Solekan Peribadi untuk 5 pelajar. Seperti yang telah diumumkan semalam, akan diadakan 1 lagi kelas pada 8 Oktober 2011, tempat masih lagi kosong, belum diisi. Sesiapa yang berminat join kelas dialu-alukan untuk contact akak ye (019-3944695).


Perkara kedua yang nak diberitahu, selain kelas mekap service mekap ku masih berjalan seperti biasa. Cuma kemaafan diminta kepada mereka yang telah sms aku bertanyakan service mekap di penang, johor, perak dan pahang. Aku tak dapat nak pergi semua negeri ini disebabkan ketidak sanggupan encik suami driving sampai ke sana. Kalau ikut mak nok nak je ambil mekap kat sana, dapat gak jalan-jalan tetapi apakan daya, aku memang tidak berdaya. Kalau sekitar putrajaya, kuala lumpur dan mungkin juga seremban aku pergi insyaAllah.


Ok itu je nak membebel, doakan kelas esok berjalan dengan lancar dan peserta dapat melakukan yang terbaik setiap yang di ajar. Amin...


Photobucket

2 org pengomen

September 30, 2011 at 2:56 PM

minat! tapi awat jauh sgt....? kalu dak register dah nih...sobsss...

November 22, 2011 at 12:47 PM

@Qaseh Qistina

qaseh qistina kat mana?

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...