27 July 2011

Nak mata menggoda bila pergi kerja?

Salam, aku nak kongsi ngan korang ni. Entry lepas aku ada cerita pasal elianto kan?. Aku dah pakai Baked Eye Shadow (Zebra) yang aku beli hari tu, warna frosted brown maaflah bahasa melayunya aku tak tahu. Aku tiru je apa dia tulis la la la.

Memang terbaik wokk!. Eye Shadow ni sangat sesuai kalau pakai untuk pergi kerja. Kerja pejabat terutamanya, kalau kerja buruh pun boleh kalau nak pakai tiada halangan dan tidak salah sama sekali. Menjimatkan masa, sungguhlah sebabnya dwi kaler dia tu dah match dah nak letak kat mata.

Nanti-nantilah aku tunjukkan kesan eye shadow ni, kalau aku pakai malam-malam ni kang encik suami pelik pulok kan huhuhu. Natural je jadi mata tau, letak pulak eyeliner mak aiiii memang suci je mata, ala-ala kilafairy you huhuhu. Kalau korang nak survey dulu camne rupa benda alah ni boleh pergi kat www.elianto.biz, cari baked eye shadow nanti dia keluar cam gambar ini:




Bila zoom in ha macam inilah rupanya. Teruja tak nak try?. huhuhu




Rupa bila sudah tepek di mata akan disiarkan bila ada kamera yang boleh kasi zoom jelas-jelas kat mata ini ok. Kalau guna handphone kuno aku ni memang tiada maknanya, takda kesan langsung :P.

p/s: elianto sale sekarang, eye shadow ini 30% ya..harga last menjadi RM17.50 kalau tak silap. Resit dah buanglah sorry. Aku suka diskaun! :D

5 org pengomen

July 28, 2011 at 8:59 AM

suke tengok org bermakeup..tp nak p keje...hehe..cam tak snggup nak pakai make up tebal2..kalau p function..ok lah...


p/s: pernah beli blusher elianto..entah kenapa..habes melekat kat tudung...merah jek kaler dia....tak tahulah..material dia tuh camne..pekat sgt kot?

July 28, 2011 at 10:44 AM

morning kak :)

July 28, 2011 at 11:54 AM

belanja ika eyeliner liquid. hihihi

July 28, 2011 at 5:39 PM

ouh aku memula baca ingat ko promoter pada produk nih.hihi.

July 28, 2011 at 10:40 PM

diana: :)

marsmello: soory baru online, samat malam

pyka: ye lah tu..

ghost writer: duta pun boleh huhuhuhu

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...