23 June 2011

Orang jakon cam gini la rupenya

Salam, berita ringkas dibawa khas lintas langsung bersama cik kak poyo yang sangat jakon dan teruja sebab dapat bertemu, bercium pipi dan berpelukan bersama Puan Faara Adeeba, ala pengacara TV9 yang cun melecun tu.

Untunglah jadi orang perempuan boleh melakukan semua itu hehehehe, serius faara adeeba sangat natural beauty, dia tak make up pun, mungkin hanya letak eyeliner, muka dah cantik, tutur kata tertib je. Tadi ada ceramah, rajin bebenor pulak opis aku ni jadi penganjur. Bab artis je berkerumunla orang datang, cuba panggil ustaz, kena paksa baru nak turun (aku la tu), maaf tidak sedar punya orang!.




Antara puak yang rela hati turun dengar ceramah :P



Nah kata kau, jauh panggang dari api, bezanya rupa aku ngan faara adeeba, terserlah kehodohan aku, isk bersyukur fareha. Ya aku yang pendek dan gemuk itu, ada aku kisah ha ha.


Tak puas hati, nak juga tunjuk kegebuaan kau ya, amik kau. Aku tak tahu siapa punya kamera. Padahal handphone kau yang kuno tu. ok fullstop.


Ada lagi, maaf gambar yang sama, saja nak tunjuk punya ramai nak snap masa aku gedik bergambar sebelah faara adeeba, tolonglah, perah santan!. hahaha jangan marah.

Sekian, terima kasih.

1 org pengomen

June 25, 2011 at 11:49 PM

love to follow ur blog.. ;)

seyis..dia memang cumey+lawa+cantek...

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...