24 May 2011

Story hari selasa!

Salam, sahaja aku menghapdatekan entry untuk hari ini untuk pembaca setia blog aku, nanti ada pula tertanya-tanya kemanakah diriku pergi ahaks boleh tetiba? ada ke pembaca setia? konon macam silent reader la, ala bagilah can kat aku berangan kejap kan.


Aduh lega kepala otak aku ni dah balik dari 'dialog', menanah telinga dengar ceramah, kata dialog tapi dah macam khutbah aku dengar tadi, mungkin excited lebih tu yang lupa diri si penceramah semua tu tadi, ok whateverlah janji dah habis, nokhtah titik dan habis.


Aku nak menggesa, ecehhh menggesa katanya..aku nak ingatkan saja tarikh untuk pencarian FB Season 4 hampir tamat ya kawan-kawan yang budiman sekalian. Masih sempat lagi kalau nak join. Tak susah pun, kacang tanah je cara nak join, nak tahu lebih lanjut klik je banner kat entry melekat kat atas tu. Dijamin termudah di pasaranlah, syarat yang senang gila nak ikut. Setakat ini adalah berbelas orang yang sudi join, alhamdulillah, aku menadah tangan, takdalah malu sangatkan dari orang tak join langsung. Terima kasih korang!.


Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...