Salam, wahhh bukan main laju korang datang baca entry aku ya bila menatap tajuk di atas ahaks, terima kasih. Tak mau nakal-nakal, otak yang biru kuning hijau coklat sila neutralkan kembali. Aku memang sedang bersakit-sakitan ni.
Bangun awal aku hari ini, encik suami gegar mengejutkan aku, cisss potong line la konon nak bangun lambat sikit, semalam tak dapat tidur awal, musnah harapan! plan hari ini nak ke putrajaya, cari taska untuk si gendut. Lepas sarapan, bermulalah gerak gempur membungkus dan packing segala kejadah barang, paling banyak pack adalah hadiah kahwin aku yang tak habis pakai lagi. Bayangkanlah nak dekat tiga tahun, aku tak buka lagi sebab ni lah..aku tahu akan berpindah randah punya dah macam pelarian. Ingatkan sekejap, tu dia sekarang dah masuk petang, jawabnya lepas asar la aku terjah putrajaya tu.
Penat tak hilang lagi ni, barang kecil-kecil tu yang nyampah. Nasib semalam dah kutip kotak tepi jalan dan lorong-lorong kilang, ok tipu, ayah bagi kotak-kotak masa dia pindah hari tu. Itu jugalah sebabnya aku lambat online hari ini. Aku ada terima 3 penyertaan untuk pencarian follower bertuah season 4. Baru tiga..oklah tu daripada takdakan. Kepada sesiapa yang nak join boleh lagi belum terlambat, masa masih panjang, yang dah pernah join dulu atau dah pernah menang pun boleh join lagi. Takda hal lah!.
Ok layanlah tengok dua gambar pembuktian kepenatan aku kepagian tadi. ahaks marah cikgu bahasa melayu baca ayat aku ni. Style konon hak tuiiii :P.
2 org pengomen
bila nak pindah nih beb?
maybe 4 jun ni,...
Post a Comment
terima kasih sebab komen!