Salam, memang bosan tahap cipan bila sesuatu perkara itu dicakap berulang kalikan. Nak-nak pulak di attach sekali gambar yang sama dalam perbualan tersebut. Serius damn boring!. Tapi aku memang hati bebal dan muka fotosatat, aku langsung tak kisah huhuhu.
Masuk kali ni dah berapa banyak entry pasal FB, aduhhh kau takda idea lain ke? Meh aku jelaskan. Tujuan entry ini ditayangkan adalah kerana ianya merupakan contest yang menawarkan habuan walau habuannya sekadar topup sepuluh hinggit, ehhh siapa yang baik hati sangat tu ehh? Senyum tiada perasaan mula menular.
Dah tak nampak entry membeku lagikan? sebab aku dah cairkan dan itu tanda sudah berakhir. Makanya, aku harus bagitahu semua peserta, aku baru terjah blog korang dan telah pun meninggalkan jejak kasih kat shoutbox korang. Seandainya tak jumpa aku punya hello hello, sorrylah aku memang tak nampak tang mana shoutmix cantik korang tu. I'm sorry, tapi jangan gundah gulana, blog semua peserta telah aku redah seperti penyamun yang meragut handbang padahal tiada duit di dalamnya. Menyesal!. Kau merepek lagi.
InsyaAllah, keputusannya akan diumumkan dalam masa terdekat. Sila beri perhatian/tumpuan dan seangkatan dengannya, kerana kali ini aku tidak akan tag pada korang. Seandainya kamu adalah pemenang buatlah tindakan segera seperti arahan berikutnya di entry seterusnya ya.
Sabar menunggu keputusan, oh ya lupa, hadiah telah ditambah. Pemenang akan menerima topup RM 10 mengikut line pilihannya, shawl dan beg kecil yang sungguh comel.Memandangkan ada peserta lelaki juga, selain topup hadiah akan ditukarkan dgn yang lain (belum fikir lagi).
2 org pengomen
hihi...garang
bag kecil apa? asal orang cun ni taktahu?
Post a Comment
terima kasih sebab komen!