21 April 2011

siap dah, nah tengok..

Salam semua, aku kembali hari ini, muncul di petang hari yang sejuk, hujan tengah lebat kat luar, ok 'beruk ben' ni pun berjalan dengan lancar nampaknya, takut aku baling la tu kalau dia buat hal kah kah, kejam punya tuan kan, sah-sahlah kalau entry dah publish ada cerita aku nak kongsikan.


Masih ingat aku merungut dengan rasa tidak bersyukur di atas keburukan header aku sebelum ni? hehehe, aku ada berkata header aku sedang dalam pembikinan, dan akhirnya ianya sudah siap dicipta, aku dah letak pun kat header atas tu, nampak tak? sila jangan muntah tengok gambar puan blog tu ye, konon macam comel, bajetttt..hua hua hua, ok serius sikit, ceriakan header tu? Ha aku kasi pecah itu rahsia, yang membuatnya tentulah Cik Bulat, bukan sahaja header, dia boleh ubah engkau orang punya blog ikut citarasa sendiri tau. Kalau nak tahu lebih lanjut, macam biasa klik la kat link yang disediakan.


Terima kasih adik a.k.a Cik bulat kerana menyiapkan header untuk akak ni, cantik dan ceria...akak suka, terasa diri semakin muda remaja kah kah kah..adakah kamu semua setuju? angguk je kepala, biasalah layan si tua yang tak sedar diri ni kah kah kah..ok saja gatal attach lagi gambar header baru, padahal kat atas dah terpampang besar gedabak.


4 org pengomen

April 21, 2011 at 7:17 PM

lawanya !

April 21, 2011 at 8:06 PM

nelly: tq, credit untuk cik bulat :)

April 22, 2011 at 7:36 AM

cantik la kak...blog saye je tak cantik...aiya....

April 22, 2011 at 10:03 AM

ala...mula2 mmg cmtu, ni pun bkn akak yg buat hehehe

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...