16 April 2011

bila grenade dimelayukan | lawak weii


Salam, ok aku tahu aku ketinggalan, akan tetapi hati yang sedang bergembira ini nak juga kongsi kata-kata kritikan terhadap Maharaja Lawak minggu ketiga. Dan entry kali ini aku pilih Nabil. Sebab apa nabil yang terkenan untuk dijadikan entry, sebab lawak dia sangat kelakar sampai aku gelak dengan amat dasyat sekali kah kah kah kah.

Den kalau dongar bahaso nabil tu yo dah buek golek berdokah-dokah, apotah laei bilo dio nyanyi lagu omputih kemudiannyo dimelayukan, osah la lawak ehh huhuhu, ok kepada sesiapa yang tidak memahami ayat di atas, akan aku ulang mengguna bahasa standard, ianya berbunyi begini 'aku kalau dengar nabil guna dialek negeri sembilan je dah buat aku ketawa berdekah-dekah, apatah lagi bila dia nyanyi lagu bahasa lain kemudian dimelayukan, memang lawak sangat', sekian alih bahasa itu huhuhu.

Saksikan sendirilah video kat atas yang aku ambil dari you tube. Nilai sendiri ok.

2 org pengomen

April 16, 2011 at 11:37 PM

habesss lagu pebret saye..:P

April 17, 2011 at 9:58 PM

huhuhu tp sedapkan..

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...