19 March 2011

apa yang kau merepek ni...

Salam, aku kalau bab makan memang nombor satu tiada dua dan tiga..makan juga adalah hobi aku so jangan pelik kenapa aku kelihatan g**** ok huhuhu,tak kisahlah janji perut kenyang dan hati gua senang, bole bayangkan betapa berat badan itu betul2 menggangu emosi aku? tapi masih tak sedar dirikan hahaha nak buat macam mana..ok full stop..sebenarnya malam ni ada makan-makan sikit..makan lagi...sempena birthday anak bujang aku dan adik aku, kira macam birthday party kot tapi taklah sangat..ok whateverlah, makan-makan ni hanya disambut dalam keluarga saja, adalah jemput member-member rapat kawan encik suami, itu aje..bajet ciput jadi majlis haruslah sesuai dengan keciputan itu ya, gambar-gambar akan di upload esok ok.

kebetulan dah masuk entry ni, aku ada gambar fresh baru snap kejap tadi, gambar encik suami bersama anaknya dan ikan yang lebih besar dari anak itu..adik ipar aku baru balik memancing dari laut,ya adik ipar aku tetapi kenapa harus encik suami yang bergambar dengan ikan tersebut? tujuan gambar itu di tangkap adalah untuk menunjukkan saiz ikan yang hakikatnya lebih besar dari anak aku yang dah umur dua tahun tu...korang tengoklah kalau tak percaya...


Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...