16 October 2010

Bila ada orang ketiga...jom baca geng!

Assalamualaikum...(jwb jgn tak jwb nanti dosa)
memandangkan tajuk yang sangatla serius ini, mesti terdetik kat hati memasing, kenapa dan mengapa? topik ini dijadikan tajuk utama bagi diriku untuk entry kali ini... aku terpanggil ecehh terpanggil katanye ehehe, tajuk ni mcm sesuai dgn keadaan sekeliling aku skang ni, aku takda la merujuk kpd sesiapa, tapi kalau ada yang terasa tuh...pk ler sendiri ye dan huluran maaf dari aku.
sebelum aku nak start entry, aku manadah tgn lalu berdoa semoga Allah melindungi lembayung kebahagian aku dan suami hingga akhir hayat...amin...
fakta ini aku nak kongsi bersama korang "jika wanita itu mengetahui lelaki yang didampinginya adalah suami orang tetapi tetap meneruskan hubungan berkenaan, ia membuktikan wanita terbabit memiliki iman yang lemah dan hati yang keras".
"suami yang berlaku curang pula sebenarnya sudah melanggar amanah Allah kerana isteri adalah amanah yang diberi kepada mereka untuk dijaga sebaiknya. Malah jika hati isteri disakiti, dikecewakan, dianiaya atau isteri berasa kecil hati sekalipun itu adalah satu penganiayaan yang dilakukan suami termasuk dalam pengabaian nafkah batin".
jalan penyelesaiannya pasangan yang berhadapan dgn masalah orang ketiga ini perlu bermuhasabah diri, mencari kesilapan dan memperbaikinya. Selepas itu perlu menjauhkan diri dari orang ketiga ini dan tidak boleh menjadikannya sebagai kawan sekalipun kerana jika niat baik ia tetap menimbulkan fitnah. Kena tutup buku dan jangan buka ruang langsung kepada orang ketiga ini.
Kepada yang terkena dan terasa diri dialah orangnya, berfikirlah sebelum terlambat...

2 org pengomen

Anonymous
October 18, 2010 at 8:49 AM

ape ke he nye ni yong...kamu ni bercerete pase sape ni....?ate idak ke bgtaw teman sape org ni....idak la teman menanya pada diri teman sape gerangan org 2...heheheheheheheh

October 18, 2010 at 8:54 AM

lebih baik xtau dr tau kot...saper yg mkn cili diala terasa pedasnya, saling ingat mengingati la ok

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...