14 July 2014

Untuk Makluman - Service Makeup Selepas Raya 2014

Salam semua customer yang disayangi,

Dikesempatan ini saya nak mengucapkan selamat berpuasa tinggal beberapa hari lagi (ok lewat dah kan, maafkan saya huhu), baru sempat nak ngomel panjang-panjang. Selalunya saya akan attach gambar update mekap saya je, hari ini nak menulis pula..memandangkan banyak masa hari ini hihi.

Tempahan makeup untuk pelbagai majlis bermula dari 2 minggu selepas raya ini dibuka seperti biasa ye, sesiapa yang berminat dengan hasil kerja dan nak booking bolehlah terus sms/whatsapp 019-3944695. Kalau pm kat FB/komen kat blog takut lambat reply atau terlepas pandang, jadi untuk memudahkan semua pihak korang sms/whatsapp je ek. 

Ada yang bertanya berkenaan status gambar-gambar hasil tangan saya tu, adakah pakai dslr/teknik lain macam 360camera tu, jawapannya tidak!. Saya snap hanya pakai phone note sahaja dan terus upload. Ok dah terjawab ek soalan.

Dimohon kepada semua customer yang memahami, jika anda nak datang kerumah saya untuk kelas mekap/trial mekap/mekap utk majlis, diharap sangat yang datang hanyalah kaum hawa. Dimaklumkan bahawa encik suami tidak membenarkan suami/ayah/pakwe/tunang/kawan lelaki untuk turut serta dalam bilik yang disediakan diatas sebab-sebab tertentu. Janganlah ada yang mempersoalkan cara saya ini ye. Kalau tidak kena dengan jiwa anda bolehlah kiranya cari MUA lain yang lebih dekat dengan jiwa dan buat anda selesa. Mungkin bukan rezeki saya, dan saya percaya rezeki itu akan diganti dengan yang lain oleh Allah.

Terima Kasih.


Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...