08 January 2014

Tempahan Makeup 2014 Dibuka | Gambar hasil tangan terkini!!

Salam semua,

Dah masuk tahun 2014 kita ye walaupun dah beberapa hari hihi, fareha nak bagitahu tempahan  makeup untuk pelbagai jenis majlis pada tahun 2014 telah pun di buka ye kawan-kawan dan customer tersayang. Kalau masih lagi mencari MUA untuk majlis bertunang, nikah, sanding, bertandang atau dinner saya sedia berkhidmat untuk anda.

Kepada yang masih tak tahu, fareha hanya menyediakan perkhidmatan solekan. Tidak buat rambut dan tidak menyediakan baju atau aksesori untuk disewa tau. Maklumlah ini hanya part time business jadi tak dan masa nak buat lain-lain. Fareha menerima tempahan di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, Bangi, Kajang dan juga lembah klang (kl). 

Untuk yang bertanya tentang Kelas Solekan Asas cara Fareha Rahmat pula, buat masa ini tiada tarikh rasmi lagi, sekiranya ada fareha akan umum di FB dan Blog ok. Walaubagaimanapun jika ada yang nak belajar personal iaitu perseorangan boleh juga tapi fareha free weekend sahaja.

Jika ada sebarang pertanyaan korang boleh terus call/sms/whatsapp fareha di 019-3944695 untuk jawapan yang pantas. Kalau boleh jangan bertanya kat komen blog ek takut terlepas pandang. Oklah kat bawah ni fareha ada sertakan 2 hasil makeup terkini, fareha snap pakai note I sahaja tanpa edit hanya letak watermark dan combine gambar je.





Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...