07 December 2013

Harian Metro - Kelas Solekan dibuka


Salam para pembaca blog,
Semalam fareha diberitahu tentang paparan slot kecil di dalam harian metro berkenaan kelas makeup. Fareha memang terkejut sangat sebab selama ni tak pernah pula buat iklan ke apa, fareha tahu dari pemanggil yang call bertubi-tubi. Mula-mula rasa hairan dan pelik sikit kenapa semalam ramai yang tanya hal yang sama seolah-olah fareha ada umumkan tarikh khas untuk kelas solekan. Serius fareha tak tahu siapa yang tulis dalam harian metro ni, apa-apapun byk2 terima kasih ye. Fareha memang akan buat kelas seperti yang tertulis di dalam akhbar tersebut. Sila baca details di bawah untuk maklumat lanjut.

Perkara : Kelas Solekan Asas
Tarikh : 14 Disember 2013 (Sabtu)
Tempat : Presint 11 (Bergantung kpd jumlah peserta tetapi kelas masih di dalam Putrajaya)
Masa : 10pagi - 2ptg
Harga : Hanya RM100 

Para Pelajar hanya perlu membawa pen kerana peralatan makeup akan disediakan oleh pihak kami. Pelajar juga akan diberi nota ringkas dan sijil setelah tamat sesi kelas. Mohon kepada yang betul serius je ye sebab kelas kali ini fareha tak ambil deposit. Sila sms/call/whatsapp untuk sahkan tempat anda. Terima Kasih :)

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...