25 April 2013

Doakan fareha ye :)

Salam semua,

Dah lama tak menaip, asyik post gambar je kan..sekali sekala tak salahkan fareha tulis karangan sikit hik hik. Ok poyo!. Untuk pengetahuan kepada para pembaca blog fareha secara sengaja atau tidak sengaja, fareha sedang menunggu saat kelahiran anak ke 2. 

Sekarang usia kandungan fareha adalah 37 minggu, sudah cukup bulan untuk melahirkan dan sedang menunggu. Sebab tu semua tempahan makeup dan kelas solekan fareha terpaksa tolak buat masa ini. Fareha akan kembali aktif ambil tempahan bermula Ogos 2013. Maaf ye kepada yang sms/whatsapp fareha tu....tak larat sangat nak pikul 2 tanggungjawab sekaligus. In Shaa Allah bulan 8 boleh mula semula ye.Senyum sikit :).

Walaubagaimanapun, sekiranya ada yang ingin menggunakan khidmat makeup fareha pada bulan 7, fareha bole ambil tapi yang sanggup datang ke rumah sahajalah ok. Bagi kelas solekan (basic) pula, masih banyak tarikh kosong untuk anda penuhi. Boleh klik SINI untuk tahu tarikh-tarikh yang ditawarkan. Untuk kelas solekan pengantin juga akan mula open bermula ogos. Tarikh boleh pilih sendiri, sekiranya fareha free boleh on je. Apa-apa hal korang boleh sms/whatsapp fareha ok 019-3944695.

Oklah dah panjang lebar, nanti ngantuk kalau lagi panjang. Doakan fareha selamat melahirkan baby ni ye :)...terima kasih semua.

1 org pengomen

April 25, 2013 at 3:54 PM

sama la kt nye baby ni kan. bby bulan may (:

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...