24 December 2012

Taska / Pengasuh untuk Baby di Putrajaya

Assalamualaikum semua...ermmm entry hari ni memang lari sungguh dari konsep blog yang ala-ala makeup artist kononnya hik hik. Bukan apa, perkara ni semakin menghantui diri aku sampai tak boleh nak tidur lena.

Hari ni genap 5 bulan usia kandungan ke 2 aku, lagi 4 bulan nak lalui...mulalah dalam kepala berfikir siapalah yang nak tolong jaga anak aku. Dengan kejadian yang macam-macam sekarang ni buat aku seriau la...Survey-survey jugak taska sekitar Presint 9 dan Presint 11...boleh ke baby aku ni duduk kat taska?. Kalau taska abangnya tu boleh terima baby selesai masalah aku. Nak cari pengasuh yang dekat ngan rumah pulak takut dia tak boleh jaga...nak ambil orang gaji lagilah kirim salam. Ikut hati memang nak berhenti je kerja..tapi sayang pulak sebab betapa susah payahnya aku nak masuk gomen. Adeiiii...

Kalau korang tahu kat mana taska/pengasuh yang sangat bagus di Putrajaya untuk jaga baby...tolong komen ye...harga boleh runding2 kan :).


1 org pengomen

December 26, 2012 at 12:08 PM

kak nurul anak dah pun dua..dulu preggy num 2 pun risau.kakak dia masatuh 2 tahun duk taska bawah umahjer.kalau akk pernah dengar cendiakawan p18.nurul lak tinggal kat p18 jerk.so mmg mudah antr bawah umah jer taska cendiakawan2..pastuh letak baby sekali kat situ..yang si adik renyah cket nak jaga.masa 3 bukan antartuh dia mmg tak lehterima puting susu..sampai 6bulan tapi alhamdulillah pengasuh kat taska tuh okjer layan.pakai yang mcm penyedut ubat.sampai usia dia 6bulan kak..oklah so far pengasuh kat taska tuh..so skang 2,2 beradih kat situ..yuran lak oklah taklah mahai n tak murah sangat.standard nursery2 kat pjaya..tapi tak pasti nak amek baby lagi ker dok.kalau kes akaknie kena amek borang awal2 kot..try akk tanya..sbb rasanya mcm dah full.dia kena tuan badan g sendiri n minta baru bagi kot..

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...