12 December 2011

Praktis : Wedding Makeup


Salam semua, selamat pagi isnin. Semoga ceria selalu dan bertambah ayu. Ok entry tak sedar diri pagi ini muncul dengan gambar besar bajet anak dara ahaks. Semalam aku pulun praktis, dah takda benda nak buatkan. Makeup untuk pernikahan/persandingan/majlis bertandang. Amacam ok ke?.


Pilihan utama aku tetap warna lembut, nak buat macam mano dah itu yang den suko. Muka sendiri lagipun, so tak jadi masalah lah nak taram warna apakan hik hik. Sambil-sambil menge 'test' tudung baru hahahahaha, terima kasih la tukang jual merabakkan duit aku ni. Ala sebenarnya nafsu ko yang tak terkawal nak membelikan hik hik. Okstop cerita tudung.


Terus ke tajuk utama, aku nak kongsi produk yang aku guna untuk makeup cam gini. Manalah tahu boleh membantu korang untuk mendandan diri sendiri atau orang lain. Nak buat video macam kelakar je, aku nak buat video? wahhh kelas kau fareha :P.


Untuk base,


1. liquid foundation jenama Essence (murah je beb, bersepah kat watson),


2. naturactor 161 & 141 (kewajipan ni)


3. loose powder aku pakai silky girl je,


4. pixy compact powder natural beige.


5. Kening hanya Viva eyebrow.


6. Mata hanya dubai pallete + mac eyeshadow warna amber light . Tak lengkap kalau tak pakai eyeliner kan, eyeliner bawah aku pakai kajal jenama elite + MAC pencil + white pencil jenama essence, maybelline hypersharp untuk eyeliner atas, last sekali untuk mata mascara (takda jenama pun).


Finishing - Mac mineralize medium, shading juga sama tapi yang dark sikit. Untuk blusher aku pakai yang biasa-biasa je, takda jenama pun. Untuk bibir aku pakai lip liner elianto dan letak lip gloss elianto juga. Oh terlupa last sekali sebur MAC Spray untuk makeup tahan lama dan glowing. Selesai. Ambik ko panjang penerangan. Nak bagitahu promosi dah makin tamat, tinggal beberapa hari je lagi. Start januari ini akan dikenakan charge baru ok. Oklah itu aje bai.


Photobucket

8 org pengomen

December 12, 2011 at 10:25 AM

cantik! :)

December 12, 2011 at 10:42 AM

@Liyana

tq liyana :)

December 12, 2011 at 12:23 PM

cantiknya.... nmpak natural...

December 12, 2011 at 12:29 PM

@Dalila Hamid

terima kasih dalila...ini pun taj jelas sgt sbb snap pakai hp je

December 12, 2011 at 12:29 PM

Cantik! Ditambah dengan lesung pipit lagi comey! :)

December 12, 2011 at 12:36 PM

@ibuhebat

alhamdulillah, tq ibuhebat :)

December 12, 2011 at 5:14 PM

cun sgt sis.. =)

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...