Salam, selamat pagi si cantik jelita semua. Sihat? Hari ini yakin dengan diri sendiri? Tak yakin? ermm kulit muka tidak bermaya. Apa jalan penyelesaiannya. Ecehhh dah macam iklan aku rasa.
Sebenarnya hari ini nak share pasal bb cream. Tahu tak?.
Ada yang bertanya apa kegunaan bb cream, kalau dah pakai naturactor tak payah pakai bb cream ke?. Ok sebenarnya terpulang kepada diri masing-masing. BB cream ni selain sebagai foundation asas, ianya merupakan make up base sebelum letak naturactor/foundation lain. Maksudnya, pakai bb cream dulu untuk lapisan pertama kemudian baru pakai naturactor. Kesannya muka lagi nampak licin. BB cream kan liquid foundation so lebih mudah menutupi tempat-tempat yang sukar di tutup oleh naturactor.
So ada banyak pilihan bb creamkan, pun terpulang pada diri masing-masing nak pakai yang mana. Kalau tanya aku mana yang terbaik, aku akan jawab semua pun ok dan ada keistimewaan sendiri. Tengok keserasian kulit koang juga ya. Macam aku, ada 3 pilihan utama, iaitu nutrimetics, silky girl ataupun maybelline. Tepuk dada tanya hati ok.
Post a Comment
terima kasih sebab komen!