10 June 2011

Sempat ronggeng, kau boleh?

Salam, ada story jadi haruslah aku publishkan walaupun cerita hanya pasal aku. Ada aku kisah kalau gemuk hahaha. Lunch tadi tanpa dirancang, member ajak ronggeng kat mid. Slumber badak kami bertiga redah tahan teksi pergi mid.

Aduhai dapat teksi macam pelesit, uncle tu bawa macam nak tercabut jantung, kalau pregnant konpem gugur punya. Break mengejut macam nampak hantu je. Bau kereta toksah cakaplah, member aku kiri kanan buka tingkap walaupun aircond punya kuat uncle tu pasang. Bau keminyan kot, macam dah naik kereta jenazah weii. Alhamdulillah selamat sampai.

Member nak beli barang make up, almaklum freelance make up artist pantang nampak terus singgah. Tu dia borong. Dengan aku sekali terjebak, tapi yang sale je aku beli itu pun satu je ahaks. Dan paling best aku dapat hilang rasa kempunan aku ni, akhirnya dapat melantak Big Apple, duit ciput maka aku beli hanya dua. Ya dua sahaja dan aku tak pelawa sesiapa makan hahahahaha. Itu aje, sekian laporan.




Big Apple, yummy



Harga Lipstick ni sebenarnya RM45, tapi stage tengah buat penghabisan stok sampai 14 jun kalau tak silap, tu dia harga terbaik, hanya RM12.

Post a Comment

terima kasih sebab komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...