Salam, serius damn bengang dan biol dah kepala otak aku pagi hari khamis ini. Semua sebab kejadian ber 'ot' beramai-ramai semalam. Overtime kat office ya kawan-kawan, tahap kepincangan diri yang tidak stabil akibat tidur lambat dan bangun begitu awal sangat membimbangkan.
Bangun awal pun masih lambat sampai office, gara-gara encik suami diserang demam, makanya kena pergi kerja naik ERL Klia Transit ke KL Sentral. Ya aku dah jadi orang putrajaya dan malangnya office aku masih tang kl.
Bolah bayang betapa rabak duit saku aku pagi ini. Congak sendiri untuk kepuasan maksima he he he, erl = rm9.50 + teksi bertiket (sebab dah lambatkan) = rm13 + sarapan pagi roti 2 keping bersama air kotak = rm6, ha berapa dah tu. Sesi pagi baru, belum balik lagi, masak aku. Kehabisan duit sebelum waktunya, ada pulak yang kena jadi banker kang hahaha.
Sampai office dengan berlarian anak, nah itu dia sahlah kad merah, lambat 35 minit hahaha bangga aku, lepas ni kena minta bos sign. Masalahnya bos pun tak sampai lagi :P. Si datin sudah mengaum, dengan muka yang tak nampak celah mana cahaya keimanannya itu, keluar dengan suara menggerunkan. Walau bukan bercakap kepadaku, akan tetapi impaknya memang terbaik. Ahhhhh lantaklah.
So sekarang aku ada masa untuk update blog, ha ha ha. Kerja ada tapi kejap lagilah start. Kepala pening lagi, isk!.
1 org pengomen
wah juah tul perjalanna ke opis.. takper coolkan diri
Post a Comment
terima kasih sebab komen!